Friday, December 10, 2010

Program Orientasi dan Bimbingan Santri Al-Zaytun di Cameron Highlands

Aturcara Program Orientasi dan Bimbingan Santri Al-Zaytun di Cameron Highlands
سم الله الرحمن الرحيم

Yang dihormati
Ibu bapa/Penjaga
Pelajar Al-Zaytun

السـلام عليـكم ورحـمـة الله وبـركـاتـة

Per : Program Libur Santri 2010

Sesuai dengan Takwim Tahunan 2010, YA’MAL akan menjalankan Program Libur Santri bagi tahun 2010 dengan mengadakan lawatan tiga hari dua malam ke Cameron Highlands. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan juga mengenali masyarakat setempat.

2. Oleh itu, adalah dimaklumkan anak tuan/puan, telah terpilih mengikuti program lawatan ini. Butiran lawatan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Disember 2010 (Ahad) – 21 Disember 2010 (Selasa)

Yuran : RM70 seorang

3. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memaklumkan kehadiran anak tuan/puan dengan menghubungi TBS YA’MAL di talian 03-55137006 atau 019-2143994 (Puan Nora) sebelum 10 Disember 2010 (Jumaat).

4. Bayaran boleh dibuat terus kepada TBS YA’MAL sebelum atau pada hari lawatan. Kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

هذا والله يرعانا ويحفظنا والحمدلله رب العالمين

Yang benar,

Bagi pihak Pengerusi Yayasan Al-tarbiyah Malaysia

EN.AMIRUDDIN BIN RASEDIN

Setiausaha Eksekutif




19 Disember 2010 (Ahad)

Masa Perkara

1.30 ptg Berkumpul di YAMAL
2.00 ptg Bertolak ke Cameron Highlands dengan menaiki bas
4.30 ptg Tiba di SRK Tanah Rata Cameron Highlands
5.00 ptg Taklimat
6.00 ptg Rehat
8.00 mlm " Kembali ke Ajaran Tuhan "
10.00 mlm " Pelahiran Hati "
11.00 mlm Tidur


20 Disember 2010 (Isnin)

Masa Perkara

8.00 pg "Membina Kerjaya"
10.00 pg Tayangan "freedom Writers"
12.00 t/hari Rehat
2.00 ptg Aktiviti-aktiviti Kepimpinan
4.30 ptg Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Dengan Pasukan Belia
Cameron Highlands
8.00 mlm Latihan Dalam Kumpulan - Pidato (Tema : Kepimpinan)
11.00 mlm Tidur


21 Disember 2010 (Selasa)

Masa Perkara

8.00 pg Lawatan ke Taman Agroteknologi MARDI
2.00 ptg Pulang ke YAMAL



Wednesday, December 1, 2010

Jadual terkini pesawat kepulangan santri

Sila klik gambar rajah di bawah untuk melihat data terkini mengenai pesawat kepulangan anak masing-masing


Thursday, October 28, 2010

SEMINAR BALANCED SCORECARD

Senarai nama peserta ACT


Jadual Tentatif


Bayaran RM190/seorg (termasuk penginapan dan makan-minum kecuali makan malam). Bayaran perlu diselesaikan kepada YA'MAL selewatnya pada Isnin, 1 November 2010

B.P
Ketua Koordinator YA'MAL

Tuesday, October 19, 2010

MAKLUMAN PENTING

Visa (KITAS) pelajar-pelajar kelas 11 akan tamat tempoh maksima 5 tahun pada awal tahun 2011.

Oleh yang demikian untuk libur 8 Dis 2010 - 7 Jan 2011, semua pelajar kelas 11 perlu membiayai hal-hal berikut:-

Rp

RM

Deadline

i) Exit Permit Only

1,450,000

520.00

10 Nov 2010

ii) KITAS baru

1,450,000

520.00

10 Nov 2010

iii) Bas, Airport Tax, Admin

205.00

10 Nov 2010

iv) Cop Visa di KBRI KL

375.00

15 Dis 2010



Demikian dimaklumkan.

Monday, September 27, 2010

Makluman Libur Dis10-Jan11



بسم الله الرحمن الرحيم

Tuan/Puan

السـلام عليـكم ورحـمـة الله وبـركـاتـة

ADMINISTRASI LIBUR SANTRI SEMESTER GANJIL 2010/2011

Dengan segala hormatnya disampaikan administrasi libur santri Al-Zaytun yang akan datang sebagaimana berikut:

1) Tarikh Libur : Dari 8 Dis 2010 hingga 7 Jan 2011

2) Penempahan penerbangan

- Pihak wali bebas membeli tiket secara sendiri tertakluk kpd pilihan penerbangan berikut:

8 Dis 2010 (CGK-KUL):
i) Air Asia AK381 ETD 0830
ii) Air Asia QZ7696 ETD 1135
iii) Air Asia QZ7692 ETD 1310
iv) MAS MH712 ETD 0940
v) MAS MH710 ETD 1110

7 Jan 2011 (KUL-CGK):
i) Air Asia QZ7697 ETD 1455
ii) Air Asia QZ7693 ETD 1640
iii) Air Asia AK388 ETD 1850
iv) MAS MH723 ETD 1630
v) MAS MH725 ETD 1805

- Pembelian melalui YA'MAL juga boleh dibuat dengan yuran perkhidmatan RM40 (kecuali special package) untuk setiap satu tempahan pergi-balik.
- Buat masa ini special package Malaysia Airlines (MAS) tersedia dengan biaya RM470 seorang pergi-balik melalui YA'MAL (harga biasa sekitar RM560 melalui tempahan internet)

3) Biaya hal-hal lain

- Biaya berjumlah RM430 untuk Re-entry Permit, Bas, A'port Tax & Administrasi perlu dibayar kpd YA'MAL selewat2nya 31 Okt 2010.

Demikian disampaikan semoga maklum adanya.

Penuh hormat,

Koordinator Pendidikan