Salam hormat.
Melalui satu rangkaian kerjasama melibatkan Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia, Kayu Gaharu (M) Sdn Bhd, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), masyarakat adalah dipelawa untuk mengusahakan tanaman gaharu dengan bantuan seperti berikut:
i) Bantuan teknikal dalam aspek penanaman
ii) Bantuan pemasaran
Pihak-pihak IPT yang terlibat kini dalam proses membangunkan berbagai rangkaian produk berasaskan gaharu merangkumi bidang makanan, kosmetik dan perubatan.
Industri gaharu adalah salah satu aktiviti ekonomi terpilih dalam Model Baru Ekonomi (MBE) tercatit dalam Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) yang dikeluarkan dalam bulan Oktober 2010.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia melalui:
En Azrul (010-4301186), atau En Iqmal (019-6466936)
Bagi pihak Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia
Amiruddin Rasedin
Setiausaha Eksekutif
No comments:
Post a Comment